Saturday, 11 May 2013

Gunakan akal. Gerakkan otak.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Kali ini, aku menulis, untuk mengajak antum berfikir. 
Menggunakan otak, secara sepenuhnya

Bukannya apa, aku cuma... rimas dengan curahan kata-kata oleh masyarakat sekeliling.
Bahkan, sahabat-sahabat seiring sehaluan, satu cita dan impian aku sendiri. Cis. Bahasa~

Maka, PRU13 telahpun berakhir. Dan keputusannya, rasanya semua dah tahu kot?
Jujur, aku bukan seorang yang gemar berpolitik. Aku jarang (atau mungkin tidak pernah?) berbicara mengenainya. Tetapi kali ini, izinkan aku bersuara, boleh? 

Sehari selepas PRU13, seperti biasa aku ke kelas dengan semangatnya. Tetapi akhirnya semangat aku merundum apabila semua mula bicarakan mengenai politik. Ada yang tidak puas hati. Oh tak, kebanyakan rakan sekelas aku, semuanya tak berpuas hati dengan keputusan yang berpihak pada Barisan Nasional.

Sebelum aku meneruskan bicara aku, tolong, sematkan di dalam minda,
Bicara aku pada hari ini, tidak memihak pada mana-mana parti. Tolong.

Baik, kita teruskan semula (sambil melemparkan senyuman semanis yang mungkin di hadapan laptop ini). Aiwaah! Pagi 6 Mei itu, aku bangun awal. Niat aku mahu qiyam terlebih dahulu. Jujur, lepas aku qiyam, aku rasa bagaikan aku pengguna telefon bimbit yang tegar! Fuh fuh fuh pesanan ringkas masuk berduyun-duyun. Hampir pening aku mahu membalasnya satu persatu. Sampaikan abah tergelak-gelak melihat aku yang 'sibuk berperang' dengan handphone, pemberian mak masa hari kelahiran aku yang lalu. 

Akhawah : Kau tak sedih ke? :(
Aku : Kenapa sedih?
Akhawah : Sedih sebab BN menang. BN main tipu :(

BN? Menang? Main tipu? Reaksi aku kosong. Jujur, kosong. Pada masa itu lah. Heh :P Kan aku dah cakap, aku memang tak berapa suka melibatkan diri dalam isu politik, jadi, reaksi aku agak hambar. Astaghfirullah, padahal, ini melibatkan masa depan ummah, masa depan negara Malaysia sendiri. Ya, aku salah. Maafkan aku, semua.

"Kau tau tak si Najib tu dah menang, kau tunggu jelah negara ni bankrap nanti weh!" Hah gini lah ghopenye kata-kata sahabat yang ada masa aku di dalam kelas. Hampir semua, sama sahaja ayatnya. Sampai aku boleh hafal ayatnya. Terus aku terlupa pada susunan Electrochemistry yang aku hafal siang tadi selepas qiyam. Cis.

Mereka mempersoal. Tentang, apa yang Barisan Nasional boleh lakukan untuk memajukan negara. Mereka berkata, yang selayaknya menang ialah PAS, kerana berkepimpinan ulama'. Mereka juga kata, PKR selayaknya menang. 

Aku? 

Boleh berhenti sembang pasal politik tak? Sekarang masa untuk belajar, belajar lah. Ish, rimas betul.

Aku boleh nampak betapa tak bertanggungjawabnya aku sebagai seorang rakyat Malaysia. Hmph. Aku harap masa ini jelah aku menjadi tak bertanggungjawabnya. Mohon aku jadi lebih bertanggungjawab sebagai seorang khalifah, anak, dan seorang pelajar (dan mungkin sebagai seorang bakal isteri pada masa akan datang?) Kejap kejap. Kita take five. Selawat dulu, yuk? :)

Okay, dah? Mari sambung. Aku pelik mendengar kata-kata yang mempersoalkan apa kerajaan boleh buat untuk kita. Aku terkesan bila mereka menggelar Perdana Menteri hanya sebagai Najib.

Okay, hujah pertama aku hari ini ialah, untuk menjawab persoalan kau, kau dan kau mengenai apa yang kerajaan boleh buat, untuk kita. Eh gaya macam sedang berdebat pula. Hihihi. Okay, mereka kata, kalau PKR menang, nanti PTPTN dapat free. Duit tol dimansuhkan, harga minyak diturunkan. Kebaikannya, pastilah pada kita. Seronok kemain anak muda bila dengar PTPTN free. Freeeeeeee. Hm. Harapan hancur bila BN menang. No free PTPTN. Cedihnyewww. LOL! Mereka kata, kalau PAS menang, nanti negara akan ditadbir mengikut syariat Islam. Lepas ni, ramai lah yang akan bertudung. Nak cari yang bertudung labuh pun senang. They're friendly! Jujur, sebagai seorang yang berjilbab, aku rasa gembira. Huyooo best ah lepas ni ramai geng tudung labuh kan kan kan. Siapa tak gembira ni. Tipu ah kata tak gembira kan kan kan. Lepas ni mesti senang nak cari tudung bidang 60 di kedai-kedai menjual tudung di Ipoh. YEAAAAY!

Tapi harapan itu hanya tinggal harapan. Harapan, harapan menjadi layuuu~

Bila BN menang, apa yang kita akan dapat? Apa yang diorang boleh buat? Harga minyak naik, PTPTN tetap kena bayar. Eeee mencik ah cemni. <-- Kata salah seorang ikhwah. Jujur, aku rasa nak tergelak.

Kau mempersoalkan apa yang kerajaan boleh lakukan untuk kita, betul? Biar aku tanya kau, apa yang kau, boleh lakukan untuk kerajaan? APA? APA? APA? Hah jawab cepat! 

"Kau tengok sendiri lah, isteri PM sendiri pun auratnya tidak sempurna"

Just because of that, you're against the government? Dude, are you serious? Just because Datin Sri Rosmah did not cover her aurah properly, and you're against the government? 

"Alah, BN guna duit je nak raih undi. Apalah sangat duit yang deme bagi tu"

Kau jangan cakap main lepas. RM100, given to all school students, kau ambil atau reject? Baucer buku, did you eventually threw them into the bin or make use of it? BR1M, worth RM500, indeed, it's true that it might not be enough to cover all of the living cost throughout the whole year. Using mathematical calculations, you might only use RM1.40 per day, using the RM500. What can you even get using RM1.40? Even a High5 Sausage Roll worth RM1.90.

Ya, betul. Tapi, pernah tak kita fikir, kita sendiri boleh membantu untuk mengubah pucuk kempimpinan negara kita? Mahu negara yang berlandaskan syariat, kenapa kita sendiri yang tak mulakannya? Kenapa mahu tunggu pemimpin juga yang melaksanakannya? Kenapa?

Bukankah, kita semua adalah pemimpin? 

Berkenaan panggilan nama Najib sahaja pada PM, it seems to be kinda rude. It is true, Islam mengamalkan persamaan taraf. But dude, remember, Allah did say in al-Quran;

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah taatlah kamu kepada Allah SWT dan kepada orang yang berkuasa daripada kalangan kamu - 4:59

Rasanya, bukankah dah ada ayat yang menyuruh kita taat pada pemimpin? Buruk baik, dia tetap seorang Perdana Menteri. Dia banyak, menolong dalam memajukan negara. Unlike us, yang hanya duduk goyang kaki di rumah membuncitkan perut. Kata nak pergi majlis ilmu pun, berat je kaki melangkah. Kita mempersoalkan tentang penampilan isteri kepada pemimpin yang tidak menutup aurat, tetapi pergi berdiri di hadapan cermin, dan lihat dirimu, adakah layak kita hendak mempersoalkan orang lain sedangkan kita pun entah kemana? 

Di sini, aku mengajak kau menggunakan akal, menggerakkan otak secara maksimum mungkin.

Di sekolah, universiti sahaja, berapa ramai yang menutup aurat secara sempurna? Di dalam kalangan ahli keluarga kita sendiri, berapa ramai yang bertudung labuh dan benar-benar istiqamah dalam menutup auratnya? Yang benar-benar menutup aurat secara sempurna sekalipun, apakah kau boleh jamin bahawa dia akan istiqamah sehingga akhir hayatnya? Tidak bukan? Maka apa yang engkau persoalkan lagi? Sahabat-sahabat, adik-adik dan kakak-kakak kita sendiri pun kita biarkan sahaja dia berpakaian menampakkan aurat, mengapa engkau mahu terus mengkritik isteri pemimpin sedangkan tanggungjawab pada yang lebih utama pun masih belum tertunai lagi? 

Kita dengan senangnya cuba mengkritik dasar kepimpinan yang ada sekarang. Cuba kita yang berada di tempat Perdana Menteri sekarang, apakah kita akan dapat membawa negara dengan baik? Apakah kau jamin, kau dapat membawa kepimpinan gaya Rasulullah? Apakah kau yakin, kau mampu mengekalkan gaya Harun Ar-Rasyid yang warak? Apakah kau pasti, setiap seorang rakyat Malaysia yang ada, akan menutup aurat dengan sempurna dengan mengikut syariat Allah yang benar.

Tidak. Aku bukan seorang yang go against mereka yang inginkan kepimpinan mengikut syariat Islam.
Tidak sama sekali.
Aku mempunyai cita-cita dan impian, untuk melihat anak muda, anak bangsa Malaysia yang indah akhlaknya berlandaskan al-Quran dan sunnah. Bicaranya, adalah yang bernas sahaja, penuh dengan kata-kata memujaNya. Perbuatannya, subhanallah, amat menyejukkan pandangan, bakal-bakal penghuni syurga, dengan izinNya. 

Aku tidak mahu melihat anak bangsa yang hidup merempat. Aku tidak mahu melihat anak bangsa yang leka, sibuk dengan konsert sana sini bagaikan orang yang bodoh asyik memuja artis yang kononnya terlalu sempurna pada pandangan mata mereka sedangkan, alunan ayat-ayat suci al-Quran yang lebih indah sepatutnya didendangkan dan disematkan di dalam hati. Aku tidak mahu akhlak anak bangsa menjadi makin teruk. Dadah, seks bebas. Aku tidak mahu semua itu. Aku juga tidak mahu mereka yang asyik mempersoalkan kebodohan orang lain sedangkan kebodohan sendiri jelas nyata.

Jangan jadi bodoh. 

Tolong, aku tengah marah. Kau jangan nak terus mempersoalkan, boleh tak?

Jujur, aku bukannya berpihak pada Barisan Nasional dan menentang pada parti lain. Aku okay sahaja parti apa yang menerajui kepimpinan negara. Asalkan, tidak bertentangkan dengan kehendakNya. Jikalau bertentangan sekalipun, apa salahnya kalau kita sendiri cuba membantu pemimpin mengubahnya? Tak boleh kalau kau cuba cakap baik-baik? Tak boleh kalau kau sendiri cuba tunjukkan contoh yang baik?

Kau kata, di bawah pemerintahan BN, anak muda akan terus leka dengan konsert, dengan KPOP bagai. Tapi kau sendiri masih duduk berdiam diri, menyembunyikan diri di celah-celah manusia. Apakah? Tidak bolehkan kau cuba bangkit dan mula berdakwah? Tidak bolehkah kau sendiri cuba sampaikan kebenaran sehingga semuanya kau mahu serahkan pada PM? Tak bolehkah bro? Cuba kau sendiri perhatikan diri kau sendiri. Qiyam, puasa sunat, qasidah, majlis ilmu, apakah kau sendiri mengamalkannya dengan istiqamah? Apakah amalan fardhu kau mencukupi? Jikalau tidak, mengapa kau masih mempersoalkan lagi? 

Bukankah tiba masanya untuk kau perbetulkan diri sendiri terlebih dahulu?

Tidak bolehkan kita sendiri cuba ubah diri sendiri? Dan bila itu, baru kita sama-sama berjuang memperbetulkan ummah? Boleh tak?

Tolong, jangan nak salahkan orang lain sahaja. 

Hendak negara yang maju, tetapi usaha diri sendiri pun entah ke mana.
Mahu pemimpin yang soleh, tapi diri sendiri pun terkentut-kentut nak bangun solat Subuh.

Tolong, fikir sebelum bertindak. 
Kalau kau masih tak berpuas hati, maka ubahlah pada 5 tahun akan datang nanti. 

Ingat, Allah itu Maha Kaya. Allah itu sedang memerhati. Jangan sebab orang lain, kita yang merana nanti. Jangan. Islam itu indah, begitu juga dengan penganutnya. Jangan disebabkan ketidakpuasan kita, orang mula memandang rendah.

Ayuh, syabab sekalian, kita bangkit menegakkan keadilan?
Kita bawa hati-hati yang ada ke jalan Allah, ya?

Kesejahteraan negara tanggungjawab kita bersama.

Aku sayang kau semua, keranaNya. Moga Allah redha.

Ya, aku harap Perdana Menteri kita baca ni. (Harapan jelah tu)
Aku doakan, hidayah Allah, terpancar kedalam diri setiap pemimpin di negara kita.

Ya Rasulullah, ya habiballah,
ya Allah, ya Rabb,
bantulah kami ini...

No comments:

Post a Comment